Tuesday, September 17, 2013

MAKAN TERUNG LINDUNGI OTAK


 sebelum saya memulakan resepi terung sambal ni mari kita tengok ape khasiat terung ni..Ini artikel yang saya baca dari "THE WORLD HEALTHIES FOODS" ha...ko sampai begitu sekali saya membuat research setakat nak buat en3 pasal terung ni tak pe blogger baru macam saya ni kena la bekerja keras s'kit ye dak...o.k kita teruskan.... terung ni mempunyai bahan nasunin bahan itu mampu melindungi sel membran ( diotak daripada mengalami kerosakan so kalau tak nak otak rosak meh kita masak terung kita mulai dengan bahan2nya....
3 biji terung
(jangan dibuang kulitnya sebab vitamin ada dikulit terung)
2 sudu cili kering kisar
(saya campur 5 ulas cilipadi sebab saya suka pedas)
sedikit ikan bilis
1 ulas bawang besar
1 ulas bawang putih
1 papan petai
sedikit kiub ikan bilis
sedikit belacan
2 sudu minyak untuk mengoreng

cara memasak;\

1 .terung di goreng atau di bakar (untuk yang ber diet) ketepikan

2. tumis bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk bersama belacan dan ikan bilis

3. masukkan cili kering kisar,setelah cili tadi garing ditambah sedikit air,masukkan kiub ikan bilis,tambah kan perisa sedikit gula (saya masak ape2 pun suka letak gula sebab mak saya selalu pesan masakan mesti ada rasa manis,asam garam baru sedap)

4. sebelum diangkat ltaburkan dengan petai tadi

ha... makan dengan nasi panas gerenti tak ingat dunia...selamaat mencuba....(abaikan gambar ketam masak lemak tu )