Tuesday, September 23, 2014

zara ibrahim my colourful life: baked beef potato with cheese gerenti sedap

kedai barang terpakai.blogspot.comzara ibrahim my colourful life: baked beef potato with cheese gerenti sedap: haahh!!! ni dia benda nye yang dipanggil baked beef potato with cheese (gerenti sedap tu sengaja akak letak biar korang tak sabar membua...

baked beef potato with cheese gerenti sedap

haahh!!! ni dia benda nye yang dipanggil baked beef potato with cheese (gerenti sedap tu sengaja akak letak biar korang tak sabar membuatnya) atau dalam bahasa melayunya kentang daging ber cheese.nampak sedap rasa pun memang sedap
atau korang bolih tukarkan pada kentang asasnya sama


jom tengok macam mana nak membuatnye
bahan-bahannya:
macaroni (tak kira la korang suka yang berpintal ke,yang bulat ke atau kepingan lasagna ke) jangan lupa rebus dulu
bawang besar dihiris
bawang putih 5 ulas
400 ram daging cingcang (nak gantikan dengan ayam,sotong udang terpulang pun bolih)
serbuk lada hitam
4 sudu sos tiram
sedikit serbuk ikan bilis
keju mozarella
susu segar
cream masak
cili padi dipotong-potong untuk yang suka pedas (tekak melayu la pulak)
garam,gula secukup rasa



cara membuat inti daging:
part ni amat penting kalau tak sedap inti daging ni maka tak sedap la resepi ni


Cara membuat inti daging:

1. masukkan sedikit butter atau olive oil, tumisbawang putih dan bawan merah sehingga naik bau

2. masukkan daging cincang,kemudaian masukkan sos tiram, kiub ikan bilis,garam,gula secukup rasa

3. masukkan cili padi yabng dipotong tadi dan serbuk lada hitam


Bahan sos putih:

200 ml susu segar
cooking cream
prego souce

cara membuat sos putih:
1.cairkab butter dan tumis bawang putih dan bawang merah (tak payah pun tak pe tapi saya suka menumis biar sedap)

2.masukkan susu segar,cooking cream,gula,garam secukup rasa sedikit lada hatam,lada sulah (omputih tak letak ni orang malaysia je letak ikut tekak kita la peduli hape)

saya pakai brand nisedap!
ni dia dah jadi kalau nak pekat lagi bancuh sedikit tepung jagung tuang gerenti pekat

ok sekarang tiba lah masa kita meletakkan dalam loyang:

1.ambil loyang yang sesuai dan letakkan sedikit margarine agar tak melekat dan letakkan macoroni atau kentang tadi

2.taburkan inti daging dan tuangkan sos putih

3.taburkan cheese mozarella/parmesan

4.kalao korang pakai lasagna buat la berlapis-lapis tapi setakat kentang/macaroni tak yah la

4.bakar sampai keju keperangan atau masak semuanya


yang ini saya gantikan kentang
sekarang bolih ngap!!!!!!!

Saturday, September 20, 2014

1'M A REAL ESTATE AGENT APO BONDO EH TU? BROKAR?

A lot times i get this remarks from mok cik mokcik dan pok cik pok cik even my own mother when i said i'm a real estate agent!
apo ko bondo eh tu? brokar?

macam ni mok cik pok cik! brokar ni tak berdaftar dengan agency hartanah sapo2 pun bulih jadi broker pak cik2 yang dah pencen budak sekolah jiran2 sekampung tetapi jika ada penyelewangan tiada tindakan yang dapat kita lakukan  tapi real estate agent  atau dalam bahasa melayunya ejen hartanah bukan ejen 007 ya mok cik pok cik.tujuan agent2 ni berdaftar agar jika ada  salah laku dikalangan ejen2 ni tindakan akan diambil.haah! tak bolih main-main mesti jujur didalam setiap transaksi jual beli

saya dah jadi ejen ni dah lama dah lebih kurang puluhan tahun jugak la.....so most of the times ape2 hal berkaitan jual beli hartanah bolih la saya jawap.tak la pandai tapi sebolih2 nya saya akan bantu pembeli dan penjual dari segi urusan peguam dan pinjaman bank, pinjaman untuk rumah ja ya, bukan pinjaman peribadi!

ini rumah 2 tingkat yang baru dapat saya jual berharga RM528000.00 ribu dibeli olih suami isteri yang bekerja sebagai engineer di tnb masih muda...jelous aku muda2 dah mampu beli rumah ribu reban...dapat la komisen 2% (RM10,560.00) duit nye pun dah habis bayar anak2 belajar hmmmm...... tak merasa nak beli baju selai pun berkorban untuk anak-anak dulu....

EHSAN RIA PETALING JAYA

yang ini condominium kat petaling jaya harga korang teka? RM800000.00 haah terbeliak biji mata korang tengok punya banyak 00000000 baru dapat pembeli tapi bukan saya jual kawan saya mr.ravi dulu dia ni kerja hsbc bank sekarang dah buat full time jadi ejen hartanah.in this industry u have to do network the cake is big let's share it.jangan kedekut jadi komesyen kita bagi dua orang we call it co-broking. selesai tapi bukan senang beb nak dapat komesen kena tunggu buyers bayar 10% sign snp (perjanjian jual beli) baru bolih claim komisen so...tunggu.........

eh eleee kak zara nijual yang ribu reban ja.....silap dik....akak tengah nak jual tanah kat kuala pilah soromban dengan harga RM70000.00 ja dik....sementara tu akak buat la kerja2 mengecat,tukar tiles,plaster ceiling kadang2 customer yang nak jual rumah ni bukan ada masa tambah2 yang duk jauh tu jadi akak menyediakan khidmat renovation customer pun happy tak yah susah2 nak cari orang buatkan kerja2 remeh harga yang akak bagi pun memang murah maklum la customer takkan kita nak tarah dia lagi...selalunya akak minta customer deal sendiri dengan kontraktor akak ni biar harga diorang sendiri tetapkan akak dah menggunakan khidmat kontraktor ni dah berbelas tahun memang bolih dipercayai.dalam bisness ni trust and honesty is very important.selalunya kalau projek akak dia akan dulukan......sebab bila habis projek tak kira besar atau kecik akak bawa dia satu keluarga pegi makan2.

tu la serba sedikit kerja akak ni so kalau korang ada kawan2 atau sedara mara nak jual rumah jangan malu2 tal.akak

atau korang berminat nak jadi ejen pun bolih talipon akak....kita share2 barula meriah hidup tak gitu?



Thursday, August 28, 2014

SAHABAT 30 TAHUN DULU KEKAL HINGGA KINI


kalau uolls tengok gambar bapak2 dan ibu ni zaman remaja beza bumi ngan langit
Ini la klas saya 30 tahun dulu ditingkatan 6 atas lebih kurang 34 orang semuanya.dolo2 bukan macam sekarang ada kolej bagai pilihan yang ada cuma melanjutkan pelajaran ketingkatan 6 ( STP) atau kolej perguruan.lepas habis 2 tahun baru bolih melanjutkan pelajaran keuniveresit tempatan itupun kalau dapat 3 atau 6 principles kalau tidak ambil sijil tunggu pinangan ja la.

yang dalam gambar tu gambar terkini 2014 gambar 1981 tak de yang botak,boroi lagi yang pempuannye semua 23-24-32 sekarang 30-34-40 standard la ehhh ada juga yang masih maintain...comel ja macam 30 tahun dulu....tu...yang hujung tu....kasmawati namanya ayu ja.... tetapi kehidupan masing-masing memang berjaya dan bergaya.tapi jangan terperanjat ada yang dalam gambar ni baru bersanding atas pelamin.....

setiap tahun kami bertemu kadadan-kadang 5ke 6 kali dengan bermacam-macam acara tapi yang selalunya bab mengahwinkan anak,nak kemekah,atau setakat beraya la tapi acara wajib kami tiap tahun tgg kami tetap diadakan di hotel-hotel masa tu memasing dah lupa yang kami dah setengah abad bising nya masih macam  18 tahun.

pantang kawan-kawan mengajak pasti saya akan hadhirkan dirimengenangkan syawal masih ada dah salah seorang kawan kami akan kemekah kamipun berarak la ke bangi.
orang-orang tua berselfie

laily dan ana

yang sebelah kiri mengigit jari tu Laily attached with cgc and ana was lecturer with um. hmmm berjaya kawan-kawan aku ni sekarang ada yang bergelar professor, director,producer, datuk,datin waima pengurus rumahtangga.tapi kalu berjumpa tetap panggil nama ja......macam kat klass dulu.

yang berkopiah tu la sarmat yang nak menunaikan haji.orang jawa pertama kali jumpa,yang herannye sempat ditanyanya nye anak dara aku tapi tiba tang aku haram dia tak ingat..........yang sebelah tu rosman anak tunggal lelaki dalam 7 adik beradik ada 3 anak 2 pempuan dan 1 lelaki macam dia jugak kurang  benih lelaki ..yang duduk tu mail dia ni masa sekolah dulu paling cute......sampai sekarang masih cute anak kalu tak silap 3 orang masih kecil  nampaknya kalu nak tunnggu nasi minyak mail memang tad do la....

ha...kan mok cik dah cakap kwan2 mok cik memang handsome2,yang ini darul dan isterinya yang pandai masak iza kalu tak silap. Darul ni tak banyak berubah masih macam 30 tahun dulu...bab karaoke no 1 tak lari dari lagu awie....


ok last but not least he.he mok cik la........

so kawan-kawan tak rugi kalau kita masih mengingati sahabat-sahabat kita yang daarjah satu dulu menengah kolej,universiti selalau la bertanya kabar dan take the initiatif tu meet one another every year untuk mengeratkan siratul rahim sesama kita.

Saturday, July 26, 2014

BAJU MURAH-MURAH DI KENANGA MALL (last minute shopping raya)

lepas ambik kakak berpatah balik ke cheras ambik adik pulak as usual driver tak bergaji
ha ko giler murah baju ni kalu beli borong 3 helai rm32 sehelai kalu beli satu rm42 hengget tak gile ko? kalu korang nak berniaga ha cari la tempat ni tapi tak semua kedai jual sehelai selalunye dia jual borang pandai2 la korang tanye
cite pasal shopping ni memang akak tak serik-serik 10 hari 10 malam pun tak pe.tapi masaalahnye budget shopping tu ado? tak do duk diam-diam beli jo mano yang ado. My twins last kuliah hari jumaat mula2 ambik si kakak kat bangsar masuk ja kete dia dah mencuka kakak ni bab shopping nombor satu nasib baik dia pandai cari duit sendiri ta la maknye tidur tangan atas dahi " mama tak kan tak shopping kut " "eh kakak kan dah besar tak yah shopping la" terus mencuka...takkan la mak ko ni  nak biarkan anaknya tak de baju raya kak oi agak2 la walaupun mama ni ibu tunggal masih mampu nak membelikan ko sehelai dua baju raya.

sekarang kita bergerak terus ke KENANGA MALL jalan pudu sini pilihan banyak harga pun murah yang paling best selesa tak larat nak bersesak kat Masjid India tu.mungkin kebyakan orang dah mula balik kampung jadi tak berapa sesak la.Itpun naik LRT kalau bawa kete mau berkematu bontot.

harga baju-baju kat sini memang murah t shirt cuma rm10 hengget ja


T shirt kat sini murah giler semua rm10 hengget ja bolih beli bebanayak untuk cenderamata kat anak-anak buah kat kampung
berselfie jap sementara duduk sebelum menyambung shopping penat ...penyudahnya aku duk kat situ suruh diorg ja yang meneruskan shoopingg diaorg ni kalu duk menyopping berejam2 ntah ape yand dibelek tak macam maknye berkenan ambik terus banyak keje lagi kat rumah tu menunggu...


penyudah nye yang ini diambik kakak selepas berejam bertawaf kat sini tapi aku yang rekomen warna ni dia nak yang merah tak cantik biar pastel sikit sebab maknye suka pastel....maknye yang bayar kan sooo ikut warna mak
ini ke pengakhiran cerite tak larat dah penat .....relax jap sebelum naik LRT lain kali korang je la yang menyopping biar mama duk rumah buat biskut nestum tapi yang menyampahnye kalau diaorg beli sendiri ada je yang aku tak berkenan...
Eleena langsung tak beli ape2 ta de yang berkenan katanye.mama tau...awak nak yang ala2 jacket kan? langsung mama tak berkenan esok je kita sambung kat masjid india harap2 warga kota dah banyak yang balik kampung tak la crowded sangat....

Saturday, July 19, 2014

zara ibrahim my colourful life: CARA-CARA MEMBUAT YEE MEE KUNG FU YANG SEDAP

zara ibrahim my colourful life: CARA-CARA MEMBUAT YEE MEE KUNG FU YANG SEDAP

CARA-CARA MEMBUAT YEE MEE KUNG FU YANG SEDAP

INI YEE MEE KEGEMARAN ELEENA 

Mesti korang tertanya sambil mencebik sedap beno ke yee mee si zara ni! ha,ha tapi jangan risau kenkawan kalau ikut resepi ni betul-betul gerenti suami memuji anak2 meminta lagi  memang sedap bukan saya kata tapi chef2 tak bertauliah kat rumah ni yang kata.

sebenarnya saya buat yee mee atas permintaan si kembar akak si eleena untuk sahur ya la bukannye saya ade sesape kat rumah ni nak minta dilayan cuma dua ekor ni je dan mood pun tengah rajin  tapi kalau anak sepuluh kena pikir dua kali gak nak memenuhi permintaan diaorg ni namaje kembar citarase memang jauh berlainan jadi saya buat satu lagi mee hoon kung fu dari kuah yang sama untuk sekembar eleeza hmmmm jenuh....

ok tanpa membuang masa kita tengok bahan-bahan dan cara-cara membuatnye.

bahan-bahan nye;
yee mee/mee hoon (di rendam dulu dengan air panas sekejap)
kulit udang (di rebus) kalau tak de kulit udang ikan bilis tumbuk pun sedap
bawang putih,bawang merah
sedikit udang,sotong,ayam
2 biji telur dan ssedikit kiub ikan bilis (atau ikan bilis di tumbuk)
sayur kailan,kubis,kacang buncis ( letak je la sayur yang korang suka)
sedikit cili padi,garam,gula,perasa

cara-cara membuatnye:
1. goreng bawang putih dan bawang merah kemudian dimasukkan dalam air rebusan udang tadi,jadi sup ni memang tak gunakan minyak healty (sikembar ni memang diet giler dah sound siang2 ma....a little bit oil please) suruh buat sendiri kang padan muka

2. kemudian dah menggelegak sup tu masukkan la udang,sotong,ayam jangan lama seafood ni kalu rebus lama-lama dia jadi keras letakkan la garam,gula,bahan perasa dan tambah lada sulah atau lada hitam kalu suka dah nak angkat baru masukkan sayur.nak kan lebih pedas kalu tumbuk 2 atau 3 biji cili padi campak dalam sup tu.

3. Sekarang cara membuat mee hoon;
    mee hoon yang dah lembut tadi di celup dalam telur yang dah diletak sedikit garam,kemudian digoreng           dengan sedikit minyak.

4. tuangkan sup tadi diatas mee hoon atau yee mee siap untuk dimakan

selamat mencuba kalau sedap bagi tau akak ya kalu tak sedap sendiri makan....wassalam
   
mee hoon ni  dicelup dulu dalam telur dan digoreng dengan sedikit minyak

haah ini hdia hasil dari kerja keras dari pikul 4 subuh tadi itupun udang,sotong dah disediakan dari malam tadi kalu tak mau jadi sarapan tak jadi sahur la jawapnya...


Saturday, July 12, 2014

SEAFOOD WRAP SEDAP GILER

Ha!ha korang tegok entry pun mesti teruja sedap sangat ke menu dia ni?saya panggil menu ni sedap giler sebab sea food wrap ni kegemaran anak-anak akak setiap kali dia makan mesti cakap sedap giler ma....menu ni untuk sahur memang amat sesuai sebab kenkadang subuh2 tu tak lalu makan nasi ha...meh try menu ni bukan saja berzat tapi tinggi dengan protein

Tanpa membuang masa mari kita lihat bahan-bahan nya ....
1. 6 keping roti pita
2. salad,timun,bawang,tomato ( dipotong dadu)
3. mayonaisse dan cili sauce

bahan-bahan seafood;
i.   tuna dalam tin
iii   si ketam
iii   cili padi(pada yang suka pedas)

cara-cara membuatnye:-
mula2 akak tumis dulu tuna tu kalau belasah terus ja dari tin tun memang takkan sedap.tumis bawang putih ,bawang merah,potong cili padi sikit tambah je sedikit garam tu ja....
akak goreng dulu saucage ayam tu,letak sedikit mayonaisse letak salad,timun,bawang tomato kalu suka bolih letak cheese kemudian gulung.... dah  bolih makan.
Kalau bangun kul 5.00 pun masih sempat lagi buat seafood wrap ni....selamat mencuba memang sedap giler...




haaa... tu dia rupa wrap yang dah siap
 
saucage ayam tu akak belah dua

sayur mesti la yang segar

mok cik tengah terkial-kial membungkus sebab terlebih isi...

Saturday, December 7, 2013

MAK DENGAN ANAK LAWAN MAIN BOWLING TEKA SAPE MENANG?

gaya seorang juara 

walaupun tak score ape2 pun lagi kakak tetap tersenyum simpul...

adik slow and steady....


kalau dah tengok saya mengeringai tu tengah leading la tu......

eh.eh aku dah gemuk la.........tak bolih jadi ni.....aksi masing2 yang  mengalahkan juara

ko tak nampak tu bola sama warna ngan baju aku tu...tapi tetap tak strike masuk longkang jugak citenya...

aksi dari belakang kakak kurus sangat la kak u must put a little weight more
Dah lama tak main bowling sejak budak2 ni mula bekerja sibuk kan main.selalu ajak diaorang berjogging ni diaorg dah tak nak sebab jenuh berdiri hari2 10 jam katanya tula,,,ingat senang nak cari duit......kay kita gi main bowling kat mutiara kompleks tak jauh dari rumah pun......
adik....just right..tak kurus tak gemuk....
mula2 kan main aku menang. score tertinggi tu......lama2 semakin lemah adik dah mendahului. ya la kita orang lama mana ada tenaga, tenaga banyak guna untuk membasuh, mengemas, memasak, he.he mama cukup ma...kata adik.... budak2 ni penuh dengan tenaga. so ovarall adik memenangi pertandingan bowling kali ini sehingga bertemu lagi........

Monday, November 25, 2013

WHY I LOVE SUNDAY SO MUCH.......

Tajuk je bahasa Inggeris intinye tetap melayu he.he

Saya sangat suka hari Ahad.... sebabnya hari ahad je yang saya tak pernah pikir pasal keje,bisness totally relaxing day,makan tido makan lagi tido lagi.....

selalunya pagi-pagi lepas sembahyang subuh mesti kejutkan anak-anak untuk jogging .This is a must.Saya memang tak kasi chan anak2 bangun tido lewat walaupun hari cuti diorang pun dah tahu routine, normally tak payah kejut pun diorg dah bangun sebelum halilintar maknye berbunyi... mak saya selalu pesan anak dara mesti bangun awal esok dah biasa bangun lewat malu ngan mak mentua,,,,,,,,,

Yang tengah2 rendang tu mak nya la...
dah puas berjogging baru terus kepasar.setengah orang tak suka pasar basah ni,tapi saya memang suke,,,,tak bolih lawan la Giant ke,Tesco ke,carre four ke,sebutje ape nak semua ade,sayur kampung yang kita tak reti nak makan pun ade.....

giler ko tengok tu segar bugar ikan,udang dia.....

Ha,,,,,habis aku borong dah ada dalam sink pun....stok untuk satu minggu,,,,

Haaaaah...ko tengok bila dah masak....pengsan.....tu belum rasa lagi....

mana ko bolih dapat buah segar macam ni kecuali dipasar........

tada..........siap....hidangan untuk 4 org.. kailan ikan masin ngan udang segar, dimakan bersama bubur nasi tom yam....lagi sekali pengsan....

O.k sekarang saya nak bagi tau'''' kos saya untuk lauk udang,ikan dan buah2an cuma RM100 itupun udang sekilo,ikan kembung sekilo, ikan bawal hitam sekilo,buah2an 2 kilo stok untuk seminggu bererti satu hari cuma 20 hennget ja....kalau makan kat kedai tom yam selalunya saya bayar 60 hengget ha ko cuba kira berapa banyak dah kita bolih safe....so.....rajin2 la kepasar.........mana tau kot cepat kita bolih beli banglow.....

Saturday, November 2, 2013

TIP KESIHATAN- MANFAAT BERJOGGING

Manfaat Jogging Pagi Untuk Kesehatan dan Kebugaran

Memang banyak manfat jogging pagi hari bagi kesehatan yang dapat kita rasakan baik secara langsung maupun dalam jangka panjang. Olahraga ringan dengan lari-lari kecil atau jogging sangat bermanfaat untuk menambah kesegaran badan sehingga akan lebih fresh dan siap menghadapai aktifitas selanjutnya dan juga dapat memberikan berbagai manfaat positif untuk kesehatan ,baik kesehatan fisik maupun kesehatan mental. Jogging adalah olahraga mudah dan murah yang bisa dilakukan oleh siapa saja dan kapan saja (disarankan pagi hari). Jogging paling baik dilakukan pada saat menjelang matahari terbit sampai munculnya matahari pagi sehingga badan kita akan terkena sinar hangatnya, secara tidak langsung kita juga akan mendapatkan manfaat vitamin D dari sinar matahari.
Olahraga jogging tidak harus dilakukan di tempat khusus, bisa saja anda melakukan manfaat jogging sore hari atau jogging disekitar lingkungan rumah yang sepi dan memiliki nuansa alam yang sejuk. Lamanya waktu jogging juga tidak harus dalam jumlah tertentu, apabila badan kita sudah berkeringat kita bisa saja menghentikan aktifitas jogging.
Berikut ini beberapa manfaat jogging untuk tubuh yang dapat kita rasakan secara umum:
1. Meningkatkan kekebalan tubuh, ini penting agar kita tidak mudah terserang penyakit ringan seperti flu misalnya.
2. Menjaga kesegaran badan, dengan melakukan jogging rutin maka badan kita senantiasa segar dan siap menjalani aktifitas.
3. Menjaga berat badan, dengan melakukan jogging maka kita akan terhindar dari kelebihan berat badan dan postur tubuh kita tetap ideal.
4. Menjaga jantung sehat, dengan rutin berolahraga maka kesehatan jantung kita akan tetap terjaga.
banyak bukan manfaat jogging bagi kesehatan tubuh? Tunggu apalagi mari kita biasakan melakukan olaraga ringan ini untuk menjaga badan tetap bugar dan siap beraktifitas.
Para peneliti telah mendeklarasikan, olahraga lari adalah salah satu cara untuk tetap awet muda. “Dan dari berbagai olahraga kardio yang ada, olahraga lari telah dinobatkan sebagai olahraga yang dapat membuat tubuh prima serta tetap awet muda,” (JoAnn Manson, MD., kepala di divisi pencegahan pada rumah sakit Brigham and Women’s.
Berikut adalah beberapa manfaat lari pagi untuk kesehatan fisik dan mental :
1.Menajamkan Mata: Orang yang berlari 56 Km dalam seminggu, cenderung berhasil menekan risiko terganggunya penglihatan mata karena faktor usia hingga 54 persen, jika dibandingkan dengan mereka yang berlari hanya 16 Km per minggu.
2.Menjaga Kesehatan Jantung: Pelari yang dengan konstan berlari sejauh 16 Km dalam seminggu akan 39 persen lebih jarang mengalami gangguan tekanan darah. Plus mereka juga akan jarang menumpuk kolesterol dalam pembuluh darahnya hingga 34 persen.
3.Mendongkrak Gairah: Pelari pria yang membakar sebanyak 3.000 kalori per minggu dari aktivitas berlari selama 5 jam, akan menjauhkan dirinya dari disfungsi ereksi hingga 83 persen.
4.Menguatkan Tulang: Masa tulang para pelari ternyata lebih baik dari atlet aerobik lainnya, demikian diungkapkan oleh University of Missouri. Para peneliti membandingkan kepadatan tulang para pelari dengan pesepeda. Ada sebanyak 63 persen pesepeda yang memiliki masa tulang yang jelek, sedangkan pelari hanya 19 persen.
5.Lancar Berfikir: Sebuah penelitian yang dilakukan kepada para pekerja di Inggris mengungkapkan, rutin berlari membuat mereka jarang melakukan kesalahan dalam pekerjaan, memiliki konsentrasi yang baik, dan lebih produkif dibanding yang lari hanya sesekali.
6.Terbebas dari Dimensia: Journal of American Geriatrics Society melaporkan, perempuan yang dari remaja sudah rajin olahraga lari, di usia senjanya jarang yang mengalami kepikunan.
7.Tidur Lebih Lelap: Para insomnia yang diminta untuk berlari, ternyata berhasil mempercepat waktu tidurnya hingga 17 menit dibanding saat mereka tidak berlari. Plus mereka tidur lebih lelap, bahkan sehari setelah berlari.
8.Jarang Terkena Flu: Pelari yang berlari sejam setiap harinya, akan berhasil menjauh dari serangan virus flu hingga 18 persen dibanding yang tidak berlari. Ini didapat dari penelitian yang dilakukan di Swedia.
9.Bernafas Lebih Lega: Penelitian yang dilakukan kepada pengidap asma yang diminta untuk melakukan olahraga lari dan olahraga kekuatan dalam seminggu secara bergantian, setelah 3 bulan, berhasil mengurangi serangan asmanya. Para responden mengaku bernapas lebih lega dan imun tubuh lebih kuat.
10.Panjang Umur: Sebuah pengamatan terhadap 22 studi mengungkapkan, orang yang berlari 2,5 jam dalam seminggu akan menekan risiko meninggal dalam usia muda hingga 19 persen. Sedangkan penelitian lain mengungkapkan, orang yang aktif berolahraga akan menekan risiko meninggal dalam usia muda hingga 50 persen.
11.Memperlancar peredaran darah
12.Kaki akan tampak lebih atletis , wajah semakin tampak cerah dan kulit lebih sehat .
Itu dia manfaat lari pagi yang sudah dibuktikan oleh beberapa penelitian ilmiah oleh para ahli. Mulailah kebiasaan baik ini dari hal yang kecil untuk mendapatkan manfaat yang besar.
Pemanasan dan peregangan. Saat sebelum memulai olahraga seperti berlari ataupun jogging disarankan untuk melakukan pemanasan dan lakukan pemanasan dengan santai. Jangan berjalan dengan kecepatan penuh, jangan pula berhenti tiba-tiba. Saat akan berhenti, kurangi kecepatan secara perlahan, baru kemudian Anda berhenti. Mulailah dengan perlahan, dan akhiri pula secara perlahan-lahan agar otot Anda tidak shock dengan tekanan mendadak. Lakukan peregangan otot untuk mendinginkan kondisi tubuh yang panas setelah berolahraga.
 
Alas Kaki Yang Tepat. Ketika Anda berolahraga ringan seperti berlari atau jogging, hal terpenting yang harus Anda perhatikan adalah alas kaki yang Anda kenakan. Pastikan Anda mengenakan sepatu dan kaus kaki atletik yang elastis. Idealnya, gunakan sepatu lari yang cocok, pas, dan nyaman terpasang di kaki Anda, dan gantilah sepatu Anda bila sudah mulai rusak. Cobalah menemukan sepatu yang terbaik untuk mencegah risiko yang umum terjadi saat berlari dan jogging jika Anda tidak mengenakan sepatu yang tepat adalah keseleo, cedera lutut, dan lecet. Jadi ketika jogging, pastikan sepatu Anda telah terpasang dengan benar.
Jadi, Sekarang Anda sudah tahukan apa yang perlu diperhatikan dalam melakukan latihan kardio yang hebat ini agar Anda bisa dapatkan manfaatnya dengan optimal. Semoga bermanfaat.

 

OH....KO KETAWAKAN MAMA YA ....MASA MAMA BAYA KORANG MAMA LAGI LAJU TAU...