Thursday, October 17, 2013

BERBELAS TAHUN JADI IBU TUNGGAL

Aku terpanggil untuk menulis tajuk ni bila terbaca kisah ibu tunggal yang meninggal tergelincir ketika mencuci bangunan.aku bab2 ibu tunggal ni memang sensitif sangat maklum lah berbelas tahun jadi ibu tunggal aku feel her suffering,struggling and her loneliness.kalau korang tanya ngape tak nak kawin? banyak la sebabnya  ni aku senaraikan:

1.setiap kali jumpa lelaki aku suka membezakan ngan bekas laki aku dulu baik dari segi percakapan sampai le cara dia memanggil nama aku.....penyudahnya tak de yang sesuai...sampai ketua ......la

2.beside my outgoing and bubbly personality i'm very firm and outspoken (bab ni banyak lelaki takut.......some men are really surprise by this,some can't even take it so? again...putus

3.I'm very attached to my children whatever free time i had is for them,kawan aku cakap "ko ni sentiasa bawa mangkuk tingkat' mangkuk tingkat ke ,mangkuk tandas ke aku tak kisah janji anak aku sentiasa ada depan aku.akhirnya men pun bosan.......

   dah la malas aku nak senaraikan lagi kang marah lelaki kat luar sana banyak songel macam la lawa....


haah jangan selalu menung mnengenangkan nasib diri

 tapi ya la kita ni tak bolih menagisi takdir bukannya kita mintak jadi ibu tunggal ya dak? semua wanita inginkan kebahgiaan.perkahwinan yang berkekalan tapi kalu dah jodoh takat tu lepas penat berusaha tapi tak de perubahan selepas berbelas-belas tahun menderita baik ja berpisah....ada juga kawan aku yang masih bersama walaupun kena sepak terajang bila minta cerai.suami tak pernah keja dari belum ada anak sampai lah anak2 dah besar pada hal bukannya tak berpelajaran executive beb....kawan aku ni tapi pakaian tukang bancuh teh kat office dia tu lagi klas habis duit tak cukup tiap2 bulan mana nak bayar rumah,kete,anak2 sekolah hiss.....tak sanggup.....setiap kali jumapa aku complen tak habis2 pasal laki  sampai  ada ketika  malas aku nak dengar dah berbelas tahun dengar benda yang sama.....

tapi kes aku ni lain sikit bekas suami aku dulu memang baik.terlalu baik sampai kehari ni aku masih mengingatinya habis tu kalu dah baik ngape berpisah? mesti korang tanya kan? haaah tak pe harini kita cerita bab ibu tunggal di entry lain kita cite bab kenapa aku berpisah tak nak nagis malam ni. malam ni aku ingin memberi motivasi pada kawan2 aku yang ramai jadi ibu tunggal tu.

Tapi pelik agaknya bila dah lama sangat hidup dengan anak2 tanpa suami bila dah ada suami rasa ntah la....tak tau nak cakap seronok pun tidak nak kata tak seronok pun tidak.....biasa2 aja..
ini saat yang paling saya suka bersama-sama keluarga

lepak2 ngan budak2 muda ni kekadang bagus jugak diorg ni banyak idea...ann and yaso i miss u both

kemungkinan saya ni terlalu berdikari kut haah ini yang selalu saya buat yang nmembuatkan saya selalu ceria
saya memang suka memasak untuk keluarga
suka habiskan masa dengan kekawan tak kirala yang bujang ke atau yang anaknya ramai macam kawan saya eza ni tapi eza ni bukan ibu tunggal she's happily marrried

saya suka berkawan tak kira bangsa..India, china, serani dengan cara ni saya dapat menguasa bahasa inggeris

saya selalu ceria dan aktif



ini yang akan saya buat ditengah malam sunyi kalau saya tak de tempat untuk mengadu saya tak mengadu kat FB,blog,tweeter ke,instagramke cuma pada yang satu

Monday, October 7, 2013

DAH BESAR ANAK-ANAK AKU NI.........

My entry kali ni memang aku tujukan khas untuk anak2 aku ni so u oll must sentiasa ingat my struggle,sweat n tears for the past 17 years bringing both of u up single handedly.what ever i do in my life both of u come first even to the extend of choosing my life partner i'll make sure he love both of u first before he love me to make sure u live in a good hand.the stories that i read how step father mistreat anak2 tiri really scared me off so u can see how i make sure your stepdad doesn't cross the line.so far so good....he treat u both like his own daughter.o.k enough of the sob!sob! story.

I want both of u to give me an A' don't want B,C,D,E in any circumstance.i want both of u to grow up with beauty n a brain beauty so u can get good partner brain u can survive on your own without a partner (your choice) as for me i can take care of myself u must be strong and determine just like me.only those with strong headed can emerged as a winner.
grown up with beauty n a brain

remember i want an AAAAAA

remember how i sacrifise,struggle for u
only at 17 years old i let u wash your own cloth,cooking is still no,no,no i still can cook for u both every day without fail,send u to school,rush back home cook so u can get decent meal on the table, i realise that first thing u do when u get home is mama's what's cooking today u scream out loud when u saw your favourite dish on the table so i;ll make sure at least i cook one of your favorite dish.i'll learn how to cook japanese (your favourite shushi)walaupun terkial2 nak mengulung sushi tu,sanggup curi2 resepi si lanun steak tu cos i know u like western food though i don't really like western food,mama org kampung mama suka masakan kampung no matter what,as for chinese food bagai nak giler mama belajar buat yong tow foo cos i know u like it.(bila korang tak nak nasi sebab nak diet giler) i purposely open to u all kind of food so when u go oversea one day u'll survive without malay food.

I've seen when i was oversea how some of my friend suffered when they don't see rice.that won't happen for both of u. o.k now come to the bottom line how many AAAA...... can u give me?

Thursday, September 26, 2013

KAWAN ANAK SAYA TERJUN BANGUNAN HARI INI NAK BUNUH DIRI

Sedih,terkejut,marah bermacam2 perasaan saya bila jiran baik saya menelapon menangis2 menjerit memanggil saya anaknya dah terjun nak bunuh diri dari tingkat 5.walaupun dia berbangsa india tapi kami sekeluarga rapat dengan nya.baru lepas habis sekolah.cantik,tinggi bercita-cita nak jadi pramugari.hayatnya panjang dia tak mati tapi mukanya habis pecah,hidung patah,gigi semua patah,mata sebelah kiri pechah kedua2 kakinya patah hai.....tak sanggup lagi aku nak menceritakan lagi......

baru pagi tu dia menyapa saya kat lift tanya mana kakak adik?
"auntie anak2 auntie mana?'
'auntie dah hantar pergi sekolah'
ELEEZA NGAN KAWAN2 DIA YANG TERDIRI DARI BERBAGAI KAUM
"auntie your daughter was so bless with a mother like u"
"eh,eh tak juga mala auntie nampak baik tapi sebenar nya auntie garang"
(tapi saya tau sebenarnya mak bapak dia suka pukul dia kalau dia keluar dengan kawan2 berFB pun tak bolih cakap ngan lelaki pun tak bolih..... saya dulupun tak macam tu)

budak2 remaja sekarang ni bukan macam kita dulu2, tak bolih itu, tak bolih ini,sekarang zaman internate kita pun kena jadi googles kena sentiasa tau pergerakan nya tapi jangan sesekali memukul,ini membuat mereka memberontak.saya ni pun bukan nya pakar sangat dalam mendidik anak remaja ni tapi alhamd'lah saya cuba menjadi ibu,kawan,kadang2 cikgu councellor anak2 saya.tapi kadang2 ada jugak perbuatan diaorg ni yang menguris perasaan saya tapi saya cuba memberi ruang untuk mereka berfikir sendiri.




saya benarkan anak2 saya keluar ngan kawan2 dia tapi saya pastikan saya kenal kawan2 anak saya.


anak2 jugak saya pastikan rapat dengan nenek,mak sedara,cousin2 dia lah,jadi kalau dia segan bercerita ngan saya dia mungkin bercerita ngan mak sedara dia,cousin dia tapi masaalahnya ada yang suka bercerita ngan boyfriend ape paedahnya bukanya dia paham menambah masaalah adalah


MENJADI KAWAN YANG CERIA KADANG2 JA TAPI KLU TAK STUDY SAYA JADI SINGA BETINA PULAK.....

pegi dan balik saya yang ambik tak de chan nak ngelat2.menjaga anak2 remaja ni macam bermain layang2 kita lepaskan tali biar dia pergi sejauh2 nya tapi talinya tetap kita pegang erat agar layang2 tak terlepas tak gitu?

Wednesday, September 25, 2013

MINAT JUGAK POLITIK NI (SEMESTINYA UMNO)

YANG SEBELAH KIRI SEKALI TU ABABG IPAR I LA U......YANG SEBELAH ABANG IPAR AKU KU DOKTOR,YANG BERBAJU MERAH TU AKAUNTAN,DATOK HISHAM
 Pertubuhan umno kecil bukit jelutong (wira perdana)baru2 ni telah mengadakan pemilihan pengerusi dan ahli jawatan kuasa yang baru mengantikan pengerusi yang lama mengenangkan kakak saya tu telah memperuntukkan sedikit duit minyak dan makan tengahari yang sedap2 maka berangkat lah saya,mak saya,anak2 saya,anak2 sedara saya (kalau bolih satu kawasan sentul nak saya bawa) ke bukit jelutong memberikan sokongan moral dan sokongan menghabiskan makanan agar tidak ada pembaziran mengenangkan puak2 saya ni memang kaki makan.tak rugi.... maka terpilih lah abang ipar saya Raja Harun Raja Aziz sebagai pengerusi sementara baru.
YATI THE EMCEE
 yang ini yati org kuat wanita umno bukit jelutong she's a lawyer ko don't play2 cantik dan bijak yati ni memang sesuai menerajui wanita umno.
MARINA MY SISTER THE OARANG KUAT AWANA NI
 yang sebelah kiri bertudung belang tu yang ada sikit muka2 saya tu marina kakak saya la....sibuk sungguh dia hari tu.dia ni bab2 masak memasak ni memang first klas tapi macam adiknya jugak bila penat sama laju mulut dia dengan masakan dia yang banyak tu.ha lagi satu dia ni bab mengemas so far tak de org bolih lawan kain buruk sentiasa ada kat tangan kiri,pantang nengok habuk.kalau sampai je rumah dia klu letak beg letak kat merata2 alamat hilang la disoroknya.tak suka sepah2.kalau dah mengemas suaminya sendiri dia tak bagi duduk kat cushion tu.but anyway she's my sister the best sister ever.
BERSEMANGAT
ni...tengah bersemangat mendengar Dato Hisham menyedarkan orang melayu betapa pentingnya bersatu agar  tidak jadi seperti Singapore yang telah hilang kemelayuannya.hingga istana gulam yang merupakankan lambang raja2 melayu yang terakhir jugak telah dihapuskan.bersatula melayu agar bangsa kita terus teguh memerintah.itu ja yg kita masih kuat yang lain dah lebur.....

MISI CAfE DATIN RAMZIELA (FORMER ROCK STAR) BUKIT JELUTONG

makan tak renti2
makanan kat MISICAFE (kata datin ramziela MISI ni sempena nama student2 kat sini).yang popular kat sini beef meat ball yg ala2 kat carre four tu tapi paling sedap soto muar (datuk punya resepi turun temurun kata datin)


Masih ingat lagi tak dengan wanita anggun disamping saya ni.Ini lah ratu rock yang popular pada tahun 1980an Ramziela sekarang datin Ramziela masih cantik dan anggun,peramah,humble che wah2....mentang2 kawan memujikan kan main.he.he datuk jugak macam datin very the humble soft spoken n courteous guy.he mingle with the crowd and rajin tolong datin duk kemas itu ini.he told me datin is the boss he.he pandai bergurau datok ni.

bersama datin Ramziela

sebelah kiri adik saya yang montel manisah

MISICAFE
 ha...cafe datin ramziela ni memang cosy.datin sendiri yang menghiasnya memang really feel like home n yet very simple and cosy decorative.malam2 sape yg suka jem tu ada life band sampai kul 12 malam.datin menyanyi gak sesekali lepas gian katanya.
my princess org kuat puteri UMNO bukit jelutong
 anak saya dua org ni penyenglengara makanan (jawatan tetap tak bergaji)

bersantai bersama datin ramziela bercerita kenangan manis masa duk kat bangsar

Friday, September 20, 2013

SIAPA ZARA/ZAINAB IBRAHIM NI?

gambar2 dibawah mengambarkan siapa saya ni sebenarnya sengaja nak bagi tau pembaca2 (kalau ada la.... pembaca kalau tak ada saya jadikan ni diary ja la)
suka berkumpul adik beradik lain tak de makan...je
 saya memang suka berkumpul ngan adik beradik mula2 makan2 lepas tu bersembaang kejap lagi mula bertekak....adik beradik biasa la esok bertekak minggu depan jumpa kat rumah mak baik la semola
bercita2 tinggi kalau bolih nak rumah ada kolam renang cam gini bolih?
 saya memang bercita2 tinggi tapi saya jugak rajin berusaha tak de la setakat bercite2 je saya akan berusaha sampai saya dapat apa yang saya nak memang saya dah dapat pun pernah bergelar jutawan waktu umur saya 28tahun (dulu2 kalau ada duit 5 juta millionaire la tu) tapi semua punah....gara2 tak pandai manage duit sebab tu sekarang saya ajar anak2 saya jadi kedekut every single cents must count...tapi saya tetap bangun tak rebah selama2 nya saya percaya tuhan akan makbulkan doa saya satu hari nanti....tunggu.....
suka sangat memasak especially lauk kampung
 saya suka sangat memasak....hari2 saya masak untuk anak2 saya (safe budget pun ya) hai orang kampung la plak masakan kampungla yang saya suka masak, tapi sekali2 suka jugak masak western sebab my princess suka western, jgn2 dapat menantu sok pun western, gasak la janji diorg jgn jadi western sudah......
suka berposing macamla lawa
 ha..... jgn marah saya memang suka bergambar dan posing lawa walaupun tak lawa tapi manis tu ada
dunia dan akhirat seimbang


 bab ni saya memang jaga tapi kebanyakan orang tak tahu sebab saya tak suka menunjuk2 dan bercerita dengan org yang saya ni pandai mengaji,baca jawi cuma anak2 saya yang tahu sebab saya yang ajar diaorg mengaji masa diaorg kecil2 la...dah besar ni dioarg la ajar saya plak sebab saya dah hantar kelas mengaji saya dulu tak kelas2 mak tih depan rumah ja.....
kawan 20 tahun dulu
 saya sangat value kawan2 lama saya sebab tu pernah kena tipu dengan kawan lama...tapi yang ini memang baik namanya sha...baru jadi balu comel lagi orangnya
periang


ha......yang ini mengambarkan saya seorang yang periang,tapi susah nak percaya orang sebab dah banyak kali terkena,saya jugak kadang2 agak tegas dan degil (ini  ada kena mengenai dengan umur kut he,he kadang2 cepat pemarah tapi tak pe saya jugak seorang yang cepat pemaaf o.k lain kali saya ceritakan pulak sape suami saya jeng....yang ini issue hangat sebab tak siapa tahu siapa suami saya sebab jarang tunjuk kat orang tunggu........

ILMU AKHIRAT DICARI ILMU DUNIA DIKENDONG

Saya bab-bab aktiviti anak-anak saya memang saya ambil berat tak kira la PIBG meeting ke,gotong royong ye,haah yang ini sembahyang hajat untuk spm.anak2 saya akan menduduki spm tahun ni so memang la selalu saya cakap mama tak harapkan 5A cukup lulus 3A agar kakak adik bolih sambung belajar tapi jauh disudut hati memang saya berharap tapi kena la usaha,saya temankan diaorg membaca,bercerite betapa hebat mama ni kat sekolah dulu.... sengaja bagi diaorg semangat kalau la diaorg tau.....he.he memang la hebat dari segala sudut......

kalu bab pelajaran saya akan jadi seorang ibu yang garang dan memang tak sporting langsung sebab saya percaya walaupun anak saya dah remaja tetapi mereka masih perlukan bimbingan dari saya tapi kadang2 dia lebih takut dan hormatkan cikgunya dari ibunya sendiri.saya memang tak lepaskan anak2 saya berkeliaran kat shopping complex tanpa tujuan.saya akan hantar kalau diaorg nak pegi ngan kawan tapi saya pastikan saya ambik sebelum waktunya selalu anak saya marah saya akan tel dan tanya kat mane? mana diaorg berani tipu tup2....mama depan mata tapi dioarg pun memang suka kalau mama ada bolih belanja....0.k la dah lama rasanye bercerita pasal saya gambar anak2 saya pun lupa nak snap.
menunggu anak bershopping pekena nasi arab